Tuesday, June 30, 2020

IRSYAD AL-FATWA : APA HUKUM MEWAKILKAN BINATANG KORBAN UNTUK DISEMBELIH?

IRSYAD AL-FATWA : APA HUKUM MEWAKILKAN BINATANG
KORBAN UNTUK DISEMBELIH?
.
.
Soalan: Boleh atau tidak mewakilkan korban?
.
.
Jawapan:
.
Ulama’ telah bersepakat bahawa dibolehkan untuk seseorang mewakilkan orang yang lain untuk melakukan korban bagi dirinya dengan syarat yang mewakilakannya itu adalah seorang muslim. Ini berdasarkan hadith Fatimah R.Anha:
.
قَوْمِي إِلَى أُضْحِيَّتِكَ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ. قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً
.
Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”.
.
.
Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)
.
Arahan Nabi SAW kepada puterinya Fatimah R.Anha agar keluar untuk melihat sembelihannya menunjukkan bahawa Fatimah R.Anha telah mewakilkan orang lain untuk melakukan sembelihan buatnya. Namun yang terbaik adalah disembelih sendiri oleh orang yang ingin melakukan korban tersebut.
.
.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-Majmu’ bahawa seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan boleh mewakilkan kepada orang yang lain untuk menjalankan sembelihan korban dan sekiranya ingin mewakilkannya kepada orang lain, maka yang afdhal (terbaiknya) adalah seorang muslim yang pakar dalam bidang pemburuan dan sembelihan serta mengetahui syarat-syarat berkaitan dengan sembelihan berserta sunnah-sunnahnya.[1]
.
Seterusnya, tidak dibenarkan untuk mewakilkan penyembah berhala, majusi serta orang yang murtad untuk melakukan sembelihan namun dibolehkan bagi ahli al-kitab, kanak-kanak dan juga perempuan. Namun, ashab mazhab Syafi’e memakruhkan perwakilan kanak-kanak dan terdapat juga yang memakruhkan perwakilan perempuan yang sedang haid namun yang yang paling tepatnya bagi perempuan yang sedang haid untuk menjadi wakil menyembelih adalah dibolehkan dan tidak pula makruh hukumnya kerana tidak ada yang sahih melalui larangannya sedangkan perempuan yang haid itu lebih utama dari kanak-kanak.[2]
.
Perwakilan pada asasnya terjadinya sekiranya terdapat nas daripada pewakil kepada wakil sama ada melalui lisan ataupun dengan tulisan. Namun terdapat juga dalam sesetengah keadaan di mana seorang yang berniat untuk melakukan korban namun pada hari sembelihan dia jatuh sakit yang menyebabkan tidak dapat melakukan sembelihan dan pada waktu ini, meskipun beliau tidak mewakilkan sesiapa, maka dibolehkan untuk seseorang menyembelih bagi pihak yang sakit itu di sisi al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah.[3]
.
.
Seterusnya, kami nukilkan juga keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan hukum wakalah di dalam ibadah korban:
.
Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-66 pada 2004 memutuskan berkenaan hukum wakalah dan beberapa perkara berbangkit dalam ibadat korban, antaranya:
.
Muzakarah bersetuju menerima keputusan yang diputuskan oleh Panel Kajian Syariah dan meminta JAKIM menyediakan sighah al-Taukil yang merangkumi jenis ibadat korban dan keizinan muwakkil kepada wakil untuk menyerahkan kepada pihak lain bagi menyempurnakan ibadat korban.
.
.
.
Keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah adalah seperti berikut:
.
Hukum asal wakalah adalah harus.
Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.
Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.
Harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.
.
.
Wallahu a’lam.
.
.
.
Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
.
.
.
#korbanaqiqah
#TamanIlmuKUJDT
#kujdt
#goumrah
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain


Monday, June 29, 2020

IRSYAD AL-FATWA : HUKUM BERKONGSI KORBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN LEMBU/UNTA YANG SAMA

IRSYAD AL-FATWA : HUKUM BERKONGSI KORBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN LEMBU/UNTA YANG SAMA
.
.
Soalan:
.
Bolehkah sekiranya seekor lembu korban itu diniatkan 5 bahagian untuk korban manakala 2 bahagian lagi untuk aqiqah?
.
.
Jawapan:
.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
.
Sebelum menjawab persoalan di atas, suka untuk kami menjelaskan bahawa bagi seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kep/ada 7 bahagian. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Jabir bin Abdullah RA yang mana menyebutkan:
.
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
.
Maksudnya: Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.
.
Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al-Tirmizi (1502)
.
.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim mengatakan bahawa hadith di atas menjadi dalil kebolehan untuk isytirak (berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian (yang setiap satunya mewakili seekor kambing).[1]
.
.
.
Meskipun terdapat nas yang menunjukkan bahawa bolehnya melakukan perkongsian pada haiwan korban (unta dan lembu) pada satu ibadat korban yang sama, namun terdapat khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak ini iaitu, adakah dibolehkan untuk berkongsi niat untuk korban dan juga aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan korban yang sama?
.
Pendapat al-Syafi’eyyah membenarkannya. Ini sepertimana pendapat Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah yang mana menyebutkan bahawa:
.
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِكَ
.
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya..”
.
[Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256]
.
.
Pendapat al-Hanafiah juga membenarkannya. Ini sepertimana di sebutkan oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi Rahimahullah di dalam Hasyiahnya iaitu dibenarkan untuk berlakunya perkongsian bagi korban dan aqiqah. Ini kerana korban dan juga aqiqah adalah amalan yang keduanya mendekatkan diri kepada Allah SWT (al-qurbah).
.
[Lihat Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar. Dar al-Fikr, 6/326]
.
.
Adapun yang masyhur dikalangan al-Malikiyyah dan juga al-Hanabilah adalah tidak dibenarkan iaitu menurut mereka ianya tidak sah. Ini kerana pada pendapat mereka, untuk korban dan juga aqiqah itu adalah dua sembelihan yang berbeza tujuannya maka ianya tidak boleh disatukan seperti mana dam al-Tamattu’ dan juga dam al-Fidyah.
.
[Lihat Fatawa Yas’alunak oleh Prof. Dr. Husamuddin ‘Afanah. Maktabah Dandis, 4/350]
.
.
.
Kesimpulan
.
Mengetahui bahawa isu ini terdapat khilaf padanya, maka padanya terdapat keluasan dalam beramal dengannya. Kami berpendapat bahawa boleh untuk disekalikan niat korban dan aqiqah pada bahagian lembu dan juga unta seperti mana yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah dan juga al-Hanafiah.
.
.
Kami juga melihat kepada kemampuan seseorang itu untuk melakukan korban dan juga aqiqah. Sekiranya seseorang itu mampu, maka yang terbaiknya adalah dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berlakunya perkongsian (korban dan aqiqah disekalikan) dan itu bagi kami adalah yang terbaik untuk keluar daripada khilaf. Wallahu a’lam.
.
.
Akhukum fillah,
.
Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
.
.
.
#korbanaqiqah
#TamanIlmuKUJDT
#kujdt
#goumrah
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain




Saturday, June 27, 2020

Throwback ziarah sekitar Masjid Nabawi

Throwback ziarah sekitar Masjid Nabawi - Sambil jalan, sambil tu Musyrif KUJDT cerita Sirah Nabi SAW, Insyaallah tak ganggu orang awam sebab kita pakai alat audio individu.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain




KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : KEGELAPAN HATI

KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : KEGELAPAN HATI
.
.
إذا وجدت في قلبك ظُلمة
بعد معصية إرتكبتها فأعلم أنّ في قلبك نوراً
لولاه ماوجدت تِلك الظُلمة.
.
"Jika engkau mendapati hatimu gelap disebabkan maksiat yang engkau lakukan,
.
Maka, ketahuilah bahawa dalam hatimu itu sebenarnya punya cahaya. Kerna tanpa adanya cahaya itu, masakan engkau tahu akan adanya kegelapan."
.
.
Faham dan renungkan ek!
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
#TiaraMassTravelTours



Thursday, June 25, 2020

Throwback taklimat KUJDT sebelum jemaah muslimat ke Raudah

Throwback taklimat KUJDT sebelum jemaah muslimat ke Raudah - Insyaallah semua faham sebab kita pecah group kecil dalam 12 orang. 1 group, 1 Musyrifah jaga.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain




Wednesday, June 24, 2020

Throwback taklimat KUJDT di lobby hotel Royal Dar Eiman Safwah Tower

Throwback taklimat KUJDT di lobby hotel Royal Dar Eiman Safwah Tower - Musyrif KUJDT sebaik mungkin beri penerangan mudah faham. Lobby hotel ni luas, Alhamdulillah.
.
.
Santai2 tak ganggu orang, sebab suara Musyrif KUJDT dengar di alat audio.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah :(
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
 







Tuesday, June 23, 2020

TERKINI DARI TANAH SUCI : IBADAH HAJI TAHUN INI (1441H / 2020M) HANYA UNTUK RAKYAT SAUDI DAN WARGA ASING YANG BERMASTAUTIN DI SANA


TERKINI DARI TANAH SUCI : IBADAH HAJI TAHUN INI (1441H / 2020M) HANYA UNTUK RAKYAT SAUDI DAN WARGA ASING YANG BERMASTAUTIN DI SANA
.
.
Kerajaan Saudi melalui Kementerian Haji Saudi mengambil keputusan meneruskan HAJI 1441H / 2020M tetapi hanya untuk rakyat mereka dan warga asing yang bermastautin di sana berdasarsan situasi global wabak COVID-19.
.
.
Berita lanjut tentang SOP Haji terkini berkaitan Wabak COVID-19 akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Ayuh kita doakan bakal2 Haji tahun ini diselamatkan dari bencana, wabak dan dikurniakan Haji Mabrur.
.
.
Labbaikallah Humma Labbaik!
.
.
.
#covid19
#kitajagakita
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain




Monday, June 22, 2020

Throwback jemaah KUJDT gerak dari Safa Ke Marwah

Throwback jemaah KUJDT gerak dari Safa Ke Marwah - Santai2 tak ganggu orang, sebab suara Musyrif KUJDT dengar di alat audio. Berhati2 masa turun dari bukit Safa.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain








PROMO RENTAS HARGA AIDILADHA : TERHAD 30 SET AJE YANG INI!


PROMO RENTAS HARGA AIDILADHA : TERHAD 30 SET AJE YANG INI!
.
.
Rentas Harga 6 barang RAISINUTZ!
.
Golden Jumbo Raisin 500gm
Black Jumbo Raisin 500gm
Peanut Barley 500gm
Mix Seed 500gm
Pistachio 500gm
Cashew Nut 500gm
.
.
Harga biasa RM 216, harga rentas RM 150. JIMAT RM66!
.
.
Caj hantar RM 5 sekitar JB. Kalau luar JB, kita bole atur kourier. Open order SEKARANG selagi stok ada ek.
.
http://www.wasap.my/+60197318770 Dila
http://www.wasap.my/+60123128770 Ain
http://www.wasap.my/+60137348770 Jelin
http://www.wasap.my/+60177127959 Emy
.
.
.
#esouqkujdt
#kesanakesini
#stayathome
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

Sunday, June 21, 2020

TIPS : PENGAJIAN AL QURAN UNTUK ORANG AWAM DI MASJID NABAWI .


TIPS : PENGAJIAN AL QURAN UNTUK ORANG AWAM DI MASJID NABAWI
.
.
Kalau ke Masjid Nabawi, kita akan nampak banyak perkumpulan (halaqah) Al Quran yang diurus oleh pengurusan Masjid Nabawi. Nampak beshe2 tapi sebenarnya ada sistem akademik khas termasuk gred, sijil dan kelayakan untuk yang diterima masuk.
.
.
Tapi, ada beberapa halaqah khas untuk orang awam yang hadir sekejap macam kita2 ni. Cari tempat macam dalam poster ni. Sheikh tu akan semak bacaan2 asas al Quran seperti Al Fatihah dan beberapa surah Juzuk Amma. Menarik kan?
.
.
Ya Rabb, izinkan kami pergi ke Tanah Suci.
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
#TiaraMassTravelTours

DERAF PANDUAN PROSEDUR OPERASI MASJIDIL HARAM UNTUK MENGAWAL JANGKITAN WABAK COVID -19 SEMASA UMRAH DAH READY

ALHAMDULILLAH, DERAF PANDUAN PROSEDUR OPERASI MASJIDIL HARAM UNTUK MENGAWAL JANGKITAN WABAK COVID -19 SEMASA UMRAH DAH READY
.
.
Mudah-mudahan tak lama lagi akan dengar berita baik yang membenarkan ibadah Umrah ditunaikan berdasarkan persediaan rapi yang dibuat oleh Kerajaan Saudi ini.
.
.
Antara yang dicadangkan ialah :
.
- Pintu2 khas untuk masuk ke Masjidil Haram
- Bawa Sejadah sendiri
- Memakai mask sepanjang masa
- Masjid ditutup selepas solat Isyak sehingga Subuh
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain











Thursday, June 18, 2020

Throwback jemaah KUJDT ziarah sekitar Masjid Nabawi

Throwback jemaah KUJDT ziarah sekitar Masjid Nabawi - Musyrif KUJDT sebaik mungkin beri penerangan yang jelas dan mudah faham
.
.
Santai2 tak ganggu orang, sebab suara Musyrif KUJDT dengar di alat audio.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain




Wednesday, June 17, 2020

KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : KURNIAAN ILAHI



KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : KURNIAAN ILAHI
.
.
إذَا صَلُحَتْ نَوَايَا القَلْب
كَثُرتْ عَطَايَا الرَّب
.
"Semakin tulus niat di hati, semakin banyak kurniaan Ilahi"
.
.
Faham dan renungkan ek!
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
#TiaraMassTravelTours

Tuesday, June 16, 2020

Throwback jemaah KUJDT sebelum mula Tawaf Umrah


Throwback jemaah KUJDT sebelum mula Tawaf Umrah - MUsyrif KUJDT bimbing doa masa pertama kali tengok Kaabah. Santai2 tak ganggu orang, sebab suara Musyrif KUJDT dengar di alat audio.
.
.
Ya Rabb, kami rindu Mekah dan Madinah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...