Wednesday, April 21, 2021

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA


       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah dengan suara laungan pak arab, dan suasana jemaah membeli belah.. 

        Paling best bila semua kurma boleh makan untuk rasa secara percuma kan? best sangat... Rindu..Ya Allah semoga kita semua direzekikan ke sana lagi . amin Ya Rabb.




Friday, April 9, 2021

CORETAN MUDIR KUJDT : KUJDT DI HATI

CORETAN MUDIR KUJDT : KUJDT DI HATI

     Kat Malaysia payah jumpa, kat Mekah Madinah senang jumpa!
Jangan pelik, ini biasa terjadi. Kawan sekolah, guru pelajar, kawan sekerja. senang bertembung di sana.
Rindunya nak beraksi pasca Covid 19 ni. Rindu Mekah & Madinah. Rindu tuan guruku Ustaz Hanafi Malek. 

Berdebar tunggu Umrah Norma Baharu 2022.




Tuesday, April 6, 2021

CORETAN MUDIR KUJDT: "USTAZ BEG SAYA HILANG MACAM MANA NI?"



Pernah sekali tu, trip Ustaz Halim Shah dan Ustaz Azlan Alias kalau tak silap, saya jemput jemaah di airport. Macam biasa, saya dan team akan ingatkan pasal beg memasing, jangan terlupa dan cicir. "Semua dah dapat beg?"

"Sudahhh Mudirrr!" Jangan ada yang tertinggal ye, 90km nak patah balik tau. Alhamdulillah, kita dah roll call, dan kita nak bergerak ke Mekah. Labbaikallah humma labbaik!

Alhamdulillah, sampai di mekah dan agihkan bilik. Tetiba ada satu family kata ada beg hilang. Ah sudahh..

Macam biasa, SOP kita buat reverse trace, dari porter sampai driver bas, hasilnya kuciwa. Saya dah berdebar2 walaupun muka masih control macho. "Insyaallah tuan, ada tu nanti", saya meyakinkan dia.

Esoknya, jemaah cakap, "mungkin tertinggal kat airport kot ustazzz". Aiyakkkkk! "Esok saya cuba ke Lost & Found kat Airport Jeddah ye" sambil teruskan senyummmm... hehe.

Tips nak berurusan di Lost & Found Airport Saudi senang je. 1st, kita datang hari ke tiga atau keempat selepas landing. Jangan sibuk2 nak check beg hilang hari kedua, memang diorang suruh balik je.

2nd, takde paperwork sangat, sekurang2nya tagging beg pun ok. Paling senang, bawak pasport jemaah.
Untuk Jeddah, belum tentu bila kita landing Terminal Hajj barang kita ada kat Lost & Found situ. Selalunya barang dihantar ke North Terminal (Shamaliyah) atau Ke South Terminal (Janubiyah).

Abis 3 terminal tu saya tawaf (jarak antara terminal dalam 5km ye), akhirnya jumpa di Lost & Found Terminal N. Alhamdulillah walaupun hampir sehari punya kirja.

Patahlah balik saya ke Mekah dengan idung kembang kempis mengadap jemaah. Total hampir 200km haritu, alhamdulillah happy ending.

Mengurus jemaah di haramain perlu cekal dan jangan cepat koyak. Banyak mintak dengan Allah SWT untuk bantu kita jaga tetamuNya.

Rindunya nak beraksi pasca Covid 19 ni. Rindu Mekah & Madinah. Berdebar tunggu Umrah Norma Baharu 2022.







THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...