Saturday, October 20, 2018

PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MAKAM DI DALAM MASJID NABAWI

PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MAKAM DI DALAM MASJID NABAWI
.
.
MAKAM RASULULLAH SAW
.
Setelah Rasulullah SAW wafat, para sahabat RA berselisih pendapat di mana hendak kebumikan jasad Baginda SAW yang mulia. Ada yang kata, jasad Baginda akan dibawa balik ke Makkah dan ada pula yang kata jasad Baginda SAW harus dibawa ke Palestin.
.
Sayidina Abu Bakar RA beritahu beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ertinya : “Para Nabi dikebumikan di tempat mereka wafat.” 
.
Rasulullah SAW telah dimakamkan di dalam bilik di rumahnya. Kepalanya terletak di barat dan kakinya di timur dengan mukanya kearah kiblat.
.
.
MAKAM SAYIDINA ABU BAKAR AL SIDDIQ RA
.
Apabila Sayidina Abu Bakar RA meninggal dunia, beliau juga telah dimakamkan di sisi Rasulullah SAW. Sayidina Abu Bakar RA ialah sahabat, teman, mertua, pengganti Rasulullah SAW dan khalifah yang pertama, telah meminta untuk dimakamkan bersama Rasulullah SAW. 
.
Sayidatina Aisyah RA setuju degan permintaan tersebut. Beliau telah dikebumikan di bahagian belakang bahu Rasulullah SAW.
.
.
MAKAM SAYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB RA
.
Sebelum Sayidina Umar RA meninggal dunia, beliau meminta keizinan daripada Sayidatina Aisyah RA untuk dikebumikan bersama dengan dua orang sahabatnya. Sayidatina Aisyah RA telah memberikan persetujuannya.
.
.
KEDUDUKAN MAKAM-MAKAM
.
Menurut riwayat Nafi’ bin Abu Nu’aim dan diakui sah oleh jumhur ulama, kedudukannya ialah seperti berikut : Rasulullah SAW berada di hadapan, kepala Sayidina Abu Bakar RA berada di belakang bahu Rasulullah SAW, kepala Sayidina Umar Al Khattab RA berada di belakang bahu Sayidina Abu Bakar RA. 
.
Di dalam bilik itu terdapat satu lagi ruang untuk sebuah makam. Pada asalnya Sayidatina Aisyah RA mahu dikebumikan bersama Rasulullah SAW dan ayahandanya di dalam bilik itu, tetapi akhirnya beliau mengubah fikiran dan berpesan kepada anak saudaranya Abdullah bin Al Zubair RA supaya mengebumikannya di Baqi’ bersama isteri2 Rasulullah SAW yang lain.
.
Diceritakan bahawa Sayidatina Aisyah RA pernah tawarkan ruang itu kepada Abdul Rahman bin Auf RA tetapi beliau tolak kerana takut menyusahkan Sayidatina Aisyah RA dan menjadikan rumah Rasulullah SAW sebagai perkuburan.
.
Apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz disarankan untuk berhijrah ke Madinah supaya apabila beliau meninggal dunia, mayatnya akan dikebumikan di situ, beliau juga tolak dengan penuh zuhud dan tawaduk.
.
Alasannya beliau tidak mahu menerima hukuman daripada Allah SWT nanti kerana berlagak angkuh dan sombong. Jadi sehingga hari ini ruang itu masih kosong.
.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa tempat tersebut akan jadi makam Nabi Isa AS setelah Baginda turun dari langit di akhir zaman nanti. 
.
Ini berdasarkan riwayat Al Tirmizi daripada Abdullah bin Salam RA, ertinya: “Telah termaktub dalam kitab Taurat sifat Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa AS akan dikebumikan bersama Nabi SAW.”
.
WALLAHUA'LAM
.
*Kawasan hadapan makam ini adalah salah satu lokasi lawatan Jemaah lelaki Kembara Umrah JDT.
*kredit rujukan - Buku Madinah Al Munawwarah : Kelebihan & Sejarah (AAM)
.
SHARE post ni pada kengkawan yang lain ye!
.
.
#kursusGOumrah
#musyrifKUJDT
#kembaraumrahJDT
#syarikatadaKPLdanLKU
#umrahdanziarah
#umrahbermodul
#jgnkataKUJDTxpayung

PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MENARA MASJID NABAWI



PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MENARA MASJID NABAWI
.
Masjid Nabawi pada asalnya tak ada Menara. Begitu jugak pada zaman Khulafa’ Ar Rasyidin. Orang pertama yang bina menara di empat penjuru Masjid Nabawi ialah KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ iaitu masa beliau jadi Gabenor Madinah (88 - 91H / 708 - 711M) ketika pemrintahan Khalifah Al Walid.
.
.
JUMLAH MENARA MASJID NABAWI
.
Jumlah menara ialah sepuluh, dua daripadanya ada kat bangunan lama binaan Uthmaniyah, lapan menara yang ada pada hari ini pula adalah hasil pembinaan oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang.
.
Pada tahun 1253H, SULTAN ABDUL HAMID AL UTHMANI keluarkan perintah untuk cat kubah dengan warna hijau. Beliaulah orang yang pertama yang arahkan cat kubah dengan warna hijau.
.
Kemudian menara tersebut terus menerus dibaharui dengan cat hijau, sehinggalah hari ni. Dulunya dikenali dengan Kubah Putih, Fayha dan Kubah Biru.
.
.
WALLAHUA'LAM
.
Belajar sesuatu hari ni? SHARE pada kengkawan yang lain ek!
.
*kredit rujukan - Buku Madinah Al Munawwarah : Kelebihan & Sejarah (AAM) / Fushul Min Tarikh Madinah Al Munawwarah, m/s 127-128)
.
.
#GOumrah
#musyrifKUJDT
#kembaraumrahJDT
#syarikatberdaftarKPL
#umrahdanziarah
#umrahbermodul
#jgnkataKUJDTxpayung



THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...