Saturday, October 20, 2018

PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MENARA MASJID NABAWI



PERKONGSIAN ILMU TENTANG 2 TANAH HARAM : MENARA MASJID NABAWI
.
Masjid Nabawi pada asalnya tak ada Menara. Begitu jugak pada zaman Khulafa’ Ar Rasyidin. Orang pertama yang bina menara di empat penjuru Masjid Nabawi ialah KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ iaitu masa beliau jadi Gabenor Madinah (88 - 91H / 708 - 711M) ketika pemrintahan Khalifah Al Walid.
.
.
JUMLAH MENARA MASJID NABAWI
.
Jumlah menara ialah sepuluh, dua daripadanya ada kat bangunan lama binaan Uthmaniyah, lapan menara yang ada pada hari ini pula adalah hasil pembinaan oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang.
.
Pada tahun 1253H, SULTAN ABDUL HAMID AL UTHMANI keluarkan perintah untuk cat kubah dengan warna hijau. Beliaulah orang yang pertama yang arahkan cat kubah dengan warna hijau.
.
Kemudian menara tersebut terus menerus dibaharui dengan cat hijau, sehinggalah hari ni. Dulunya dikenali dengan Kubah Putih, Fayha dan Kubah Biru.
.
.
WALLAHUA'LAM
.
Belajar sesuatu hari ni? SHARE pada kengkawan yang lain ek!
.
*kredit rujukan - Buku Madinah Al Munawwarah : Kelebihan & Sejarah (AAM) / Fushul Min Tarikh Madinah Al Munawwarah, m/s 127-128)
.
.
#GOumrah
#musyrifKUJDT
#kembaraumrahJDT
#syarikatberdaftarKPL
#umrahdanziarah
#umrahbermodul
#jgnkataKUJDTxpayung



No comments:

Post a Comment

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...