Saturday, March 28, 2020

PATUH ARAHAN STAY AT HOME, ADA PAHALA MATI SYAHID?
.
.
Selain dari Hadith2 Nabi SAW yang mewajibkan kita taat pada pemerintah terutama di saat2 sukar macam ni, kami nak kongsi sikit pasal hadith tentang kuarantin semasa wabak Taun.
.
من جلس في بيته في وقت وقوع الطاعون فله أجر الشهيد وإن لم يمت 
عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها قالت : سألتُ رسولَ اللهِ ﷺ عن الطاعونِ ، فأخبَرَني رسولُ اللهِ ﷺ: أنَّه كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه رَحمةً للمُؤمِنينَ، فليس مِن رَجُلٍ يَقَعَ الطاعونُ فيَمكُثُ في بَيتِه صابرًا مُحتَسِبًا يَعلَمُ أنَّه لا يُصيبُه إلّا ما كَتَبَ اللهُ له إلّا كان له مِثلُ أجْرِ الشَّهيدِ.
إسناده صحيح على شرط البخاري • أخرجه البخاري (٣٤٧٤)، والنسائي في «السنن الكبرى» (٧٥٢٧)، وأحمد (٢٦١٣٩) واللفظ له.
قال ابن حجر : "اقتضى منطوق الحديث أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت " [فتح الباري (194/10)]
.
.
Daripada Aisah RA, bahawa aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, maka Baginda memberitahuku:
.
“Bahawa ia adalah azab yang Allah S.W.T turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah juga jadikannya sebagai rahmat bagi orang yang beriman.
.
Maka tiada siapa pun yang ditimpa taun (di tempatnya), lalu dia menetap di situ (tanpa keluar dari tempat atau negeri itu) dengan sabar dan mengharapkan pahala daripada Allah, serta percaya bahawa setiap musibah itu tidak akan menimpa kecuali dengan ketentuan Allah, melainkan baginya pahala seperti mereka yang mati syahid (dalam jihad)."
.
Hadith Riwayat Bukhari & Ahmad
.
.
Pahala yang dijanjikan adalah umum, merangkumi segenap golongan yang sabar, tabah mengharapkan keredhaan Allah dan berserah diri (hanya kepada Allah).
.
Juga samada dia mati disebabkan wabak itu, atau terselamat daripada wabak serta dipanjangkan umur.
Berkata Ibn Hajar Al Asqalani RH :
.
“Berdasarkan sabda Rasulallah SAW, sesiapa sahaja yang memilik segala sifat yang tersebut maka mereka akan memperolehi pahala mati syahid, walaupun tidak menemui kematian akibat daripada wabak itu”.
.
Kitab Fath Al Bari 10/194
.
.
.
#StayAtHome
#KUJDT
#goumrah
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

Wednesday, March 25, 2020


IBRAH ISRAK WAL MIKRAJ : “JANGAN BERSEDIH, ALLAH BERSAMA KAMU!”
.
.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” – Surah Al Isra’, Ayat 1.
.
Israk Wal Mikraj dicatat dalam Sirah Nabawiyah sebagai penamat tahun kesedihan dalam perjalanan hidup Nabi SAW.
.
Sebelum itu telah wafatnya Abu Talib, Saidatina Khadijah RA dan peristiwa dakwah Nabi SAW ditolak ketika berada di bumi Taif.
.
Nabi SAW pernah cerita pada Saidatina Aisyah RA bahawa tidak ada hari yang lebih sedih dari Perang Uhud selain penolakan dakwah di kota Taif. Ada airmata yang gugur di situ.
.
.
Fitrah manusia pasti bersedih atas musibah atau payah. Nabi SAW juga pernah menitis airmata. Tapi bukan meratap dan terus duduk tak buat apa2.
.
Moga airmata kita yang mengalir ini akan cuci penglihatan agar tak kabur untuk melangkah pada masa hadapan.
.
Selepas bersedih, bangkit dan serah pada Allah!
.
Salam ISRAK WAL MIKRAJ 1441 dari Team KUJDT.
.
.
.
#stayathome
#GoUmrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

Monday, March 23, 2020

HATIKU DI HARAMAIN 2020 : KEADAAN TERKINI DI DUA TANAH HARAM, KEMASKINI SELASA 10 MAC
.
.
Sekolah, madrasah dan universiti telah diarahkan tutup.
.
Arahan dikeluarkan untuk pendekkan tempoh antara Azan dan Iqamah di Masjidil Haram.
.
Bermula Jumaat minggu ni, Khutbah akan diringkaskan.
.
Imam di Masjid Nabawi berpindah ke kawasan belakang. Bukan lagi dalam Raudah seperti biasa, sebab kawasan depan Masjid Nabawi ditutup.
.
Tiada lagi safrah juadah berbuka puasa di dataran Masjidil Haram untuk Musim Ramadhan kali ini. Larangan bawa makanan dan minuman dikekalkan.
.
.
Nanti kami kongsikan lagi TERKINI dari Mekah & Madinah.
.
.
Ustaz Mamduh Arifin
Petugas KUJDT Mekah
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

Thursday, March 19, 2020

Galakan membaca QUNUT NAZILAH setiap kali Solat Fardhu bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya diselamatkan daripada wabak Covid-19.
.
Anak lelaki, bapa2 stanby jadi imam di rumah ya. 


Sunday, March 15, 2020

Doa Yang Di ajar Nabi SAW Ketika Di Timpa Bala




IKHTIAR KUJDT, COVID-19 : DOA YANG DIAJAR NABI SAW KETIKA DI TIMPA BALA
.
.
Dalam kitab Sahih Bukhari, diriwayatkan bahawa Nabi SAW. banyak baca doa ini ketika di timpa bala :
.
‎اللهمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
.
“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari berat ujian, hinanya kecelakaaan, buruknya taqdir dan kegembiraan musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan yg menimpa)”
.
“Jom baca setiap kali solat fardhu minimumnya dlm situasi sekarang” - Ustaz Khairul Fahmi, Musyrif KUJDT.
.
Nanti kami kongsikan lagi Ikhtiar COVID-19, share kat kawan2 ek.
.
.
.
#Covid19
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt

#hatikudiharamain

Tuesday, March 10, 2020

HATIKU DI HARAMAIN 2020 : KEADAAN TERKINI DI DUA TANAH HARAM, KEMASKINI AHAD 8 MAC
.
.
Masjidil Haram & Masjid Nabawi tutup lepas Solat Isyak & buka semula sebelum Solat Subuh. Jemaah tak dibenarkan Iktiqaf dan tidur dalam Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
.
Makanan dan minuman tak boleh bawa ke dalam masjid. Air Zam2 pun tak disediakan dalam tong.
.
Setelah kawasan Tawaf tutup beberapa hari, semalam penduduk Mekah dibenarkan untuk Solat dan Tawaf Sunat di depan Kaabah. Penghadang juga dipasang untuk elakkan Kaabah disentuh.
.
Umrah masih tidak dibenarkan. Tidak kelihatan orang lelaki pakai kain ihram dalam Masjidil Haram.
.
Bangunan lama (depan) Masjid Nabawi & Perkuburan Baqi’ ditutup. Raudhah dibuka untuk solat sahaja.
.
.
Nanti kami kongsikan lagi TERKINI dari Mekah & Madinah.
.
.
Ustaz Mamduh Arifin
Petugas KUJDT Mekah
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

Thursday, March 5, 2020

HATIKU DI HARAMAIN 2020 : ZIARAH LUAR DI MASJID QUBA'
.
.
Group 17 Feb 2020 (Bas Durian & Strawberi )
.
Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah. Best kan?
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain






THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...