Saturday, March 28, 2020

PATUH ARAHAN STAY AT HOME, ADA PAHALA MATI SYAHID?
.
.
Selain dari Hadith2 Nabi SAW yang mewajibkan kita taat pada pemerintah terutama di saat2 sukar macam ni, kami nak kongsi sikit pasal hadith tentang kuarantin semasa wabak Taun.
.
من جلس في بيته في وقت وقوع الطاعون فله أجر الشهيد وإن لم يمت 
عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها قالت : سألتُ رسولَ اللهِ ﷺ عن الطاعونِ ، فأخبَرَني رسولُ اللهِ ﷺ: أنَّه كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه رَحمةً للمُؤمِنينَ، فليس مِن رَجُلٍ يَقَعَ الطاعونُ فيَمكُثُ في بَيتِه صابرًا مُحتَسِبًا يَعلَمُ أنَّه لا يُصيبُه إلّا ما كَتَبَ اللهُ له إلّا كان له مِثلُ أجْرِ الشَّهيدِ.
إسناده صحيح على شرط البخاري • أخرجه البخاري (٣٤٧٤)، والنسائي في «السنن الكبرى» (٧٥٢٧)، وأحمد (٢٦١٣٩) واللفظ له.
قال ابن حجر : "اقتضى منطوق الحديث أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت " [فتح الباري (194/10)]
.
.
Daripada Aisah RA, bahawa aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, maka Baginda memberitahuku:
.
“Bahawa ia adalah azab yang Allah S.W.T turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah juga jadikannya sebagai rahmat bagi orang yang beriman.
.
Maka tiada siapa pun yang ditimpa taun (di tempatnya), lalu dia menetap di situ (tanpa keluar dari tempat atau negeri itu) dengan sabar dan mengharapkan pahala daripada Allah, serta percaya bahawa setiap musibah itu tidak akan menimpa kecuali dengan ketentuan Allah, melainkan baginya pahala seperti mereka yang mati syahid (dalam jihad)."
.
Hadith Riwayat Bukhari & Ahmad
.
.
Pahala yang dijanjikan adalah umum, merangkumi segenap golongan yang sabar, tabah mengharapkan keredhaan Allah dan berserah diri (hanya kepada Allah).
.
Juga samada dia mati disebabkan wabak itu, atau terselamat daripada wabak serta dipanjangkan umur.
Berkata Ibn Hajar Al Asqalani RH :
.
“Berdasarkan sabda Rasulallah SAW, sesiapa sahaja yang memilik segala sifat yang tersebut maka mereka akan memperolehi pahala mati syahid, walaupun tidak menemui kematian akibat daripada wabak itu”.
.
Kitab Fath Al Bari 10/194
.
.
.
#StayAtHome
#KUJDT
#goumrah
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain

No comments:

Post a Comment

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...