Sunday, May 10, 2020








PENGHAYATAN NUZUL AL QURAN, 17 RAMADHAN
.
.
Al Quran diturunkan kepada Nabi SAW sikit2 dalam tempoh menjadi Rasul sehingga Baginda SAW wafat iaitu 23 tahun.
.
.
BILA AL QURAN MULA DITURUNKAN?
.
Ada kata pada 21hb Ramadan. Antara yang pegang tarikh ni ialah Syeikh Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri yang menulis Rahiq Al Makhtum.
.
Ada yang kata pada 24hb Ramadan. Antara yang pegang tarikh ni ialah ulamak yang rujuk hadith riwayat Imam Ahmad yang menyebut : “Allah turunkan Al Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama. Riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas menyokong riwayat ini.
.
Tempat kita? Biasanya kita mendengar tarikh Nuzul Al Quran pada 17hb Ramadan. Yang pegang Tarikh ni rujuk turunnya 5 ayat Surah Al Alaq, malam 17 Ramadhan di dalam Gua Hira.
.
.
Apapun, kesemua sependapat bahawa Al Quran tu turun pada bulan Ramadan. Hanya berbeza pendapat tentang hari sahaja.
.
.
Al Quran sebenarnya bukan untuk dibaca aje walaupun baca Al Quran tu ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT seperti mafhum hadith Nabi SAW :
.
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf"
.
.
Tapi Al Quran tu sebenarnya turun sebagai petunjuk & panduan hidup untuk kita amal agar sejahtera dunia dan akhirat. Allah SWT bagitau dalam Al Quran :
.
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185)
.
.
Manusia yang hanya baca semata2 dan tak amal peraturannya dalam hidup samalah macam orang sakit tak ambil ubat untuk makan, tetapi hanya baca label ubat setiap hari sehari. Macam mana penyakit nak sembuh?
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain






No comments:

Post a Comment

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...