Sunday, May 10, 2020
BELASUNGKAWA : FIGURA DAKWAH YANG AMAT BERJASA
.
.
Ustaz Dato’ Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat dengan ajaran Islam. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun.
.
Mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Beliau mendalami ilmu agama secara bertalaqi, antara gurunya, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
.
Melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam, memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di UKM pada tahun 1976. Pernah bermukim ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.
.
Selain dikenali sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang fenomena, beliau juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak.
.
Pernah melatih ratusan perawat Islam serta khidmat untuk masyarakat di Brunei dan Singapura.
.
Selain dikenali sebagai usahawan muslim, pernah berkhidmat sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah dan bertugas 15 tahun di JAWI, INTAN dan Pusat Islam. Pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan aspirasi Islam.
.
Pernah menjadi ADUN PAS di Gombak Setia bila menang Pilihan Raya tahun 1999 dan memegang pelbagai jawatan dalam PAS termasuk AJK PAS Pusat.
.
Pernah berceramah agama di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dll melalui undangan kalangan ekspatriat dan pelajar Malaysia di luar negara.
.
Dalam bidang kebajikan & bantuan kemanusiaan, merupakan penasihat kepada NGO Muslim Care Malaysia.
.
Dalam keuzurannya, beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.
.
Malam jumaat Ramadan yang barokah ini, sang daie ini mengadap Penciptanya dengan jutaan doa daripada umat Islam.
.
Pesan2 almarhum melalui kaset, rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada beliau. Selamat berehat sang murabbi dan kami akan menyusul. Alfatihah!
.
.
Disunting dari rencana tulisan Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, aktivis Muslim Care &, Pengerusi LESTARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA
Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...
-
KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : AMPUNKAN DAKU YA ALLAH . . يا الله سامحني حين أسجد وبالي مُنشغل وسامحني حين أتوب وأعود للذنب فليس لي ملجأ غير...
-
Dari sini boleh nampak jelas mereka yang datang dari khemah di Mina untuk melontar Jamrah pada Hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijjah. . Kal...
No comments:
Post a Comment