Monday, May 18, 2020
ASAL USUL LAILATUL QADAR : GANJARAN BERIBADAH UMPAMA 1000 BULAN
.
.
Dalam tafsir Al Qurtubi, disebut Jibril AS cerita pada Nabi SAW bahawa pada zaman Bani Israil, ada seorang Wali (ada yang kata Nabi) bernama Syamsun Al Ghazi, berasal dari Gaza Palestin. Kalau orang barat panggil watak ni Samson & Delilah.
.
.
Jibril AS cerita, Syamsun Al Ghazi ni seorang yang berjihad di jalan Allah SWT dan ada kekuatan dan kehebatan luarbiasa. Dia bertempur hanya guna senjata dari janggut unta.
.
.
Musuh-musuh Allah SWT pun memujuk isterinya untuk berpakat membunuhnya. Masa Syamsun Al Ghazi tidur, isterinya cuba mengikatnya.
.
.
Tapi sebab Syamsun Al Ghazi ni orang gagah, bila menggeliat sahaja, putus talinya. Esoknya dicubanya rantai besi, pun masih sama.
.
.
Akhirnya si isteri tau kelemahan Syamsun Al Ghazi iaitu bila rambutnya dikerat. Pada masa itulah dia diikat dan dikerjakan oleh musuhnya. Tangannya dikerat, telinga dan kaki dipotong dan mata dicungkil. Syamsun Al Ghazi berdoa kepada Allah SWT agar dihancurkan musuh-musuhnya.
.
.
Dengan Rahmat Allah SWT, musuhnya semua dihancurkan, dan tubuhnya dipulihkan kembali seperti asal. Selepas itu, Syamsun Al Ghazi mengabdikan diri kepada Allah SWT selama 83 tahun 4 bulan @ 1000 bulan dan berjihad sepanjang tempoh tersebut.
.
.
Nabi SAW sampaikan kisah ni pada para Sahabat RA lepas dengar cerita ini dari Jibril AS, seperti yang di sebut dalam hadith mursal dari Mujahid RA.
.
.
Takjub para Sahabat RA dengar cerita ni. Kata mereka, “Untung umat terdahulu, umur mereka panjang. Kalaulah kami boleh dapat ganjaran ibadah yang sama”.
.
.
Maka turunlah Surah Al Qadar sebagai berita gembira, yang bagitau ada satu malam di bulan Ramadhan, yang ganjarannya umpama beribadah 1000 bulan @83 tahun 4 bulan. Wallahua’lam.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA
Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...

-
IRSYAD AL-FATWA : HUKUM BERKONGSI KORBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN LEMBU/UNTA YANG SAMA . . Soalan: . Bolehkah sekiranya seekor lembu korba...
-
Rabu, 12 Jun 2019 pukul 2:30 petang, . . Tahniah kepada semua pemenang, yang tak menang jangan sedey2 tau. Insya Allah tahun depan kita b...
No comments:
Post a Comment