KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
.
.
Kita dah sampai pada awal Zulhijjah yang sangat special. Kata Imam Al Ghazali RA, Jika Allah mencintai hambanya itu diberikan peluang dan ruang untuknya melakukan amal ibadah pada :
.
10 akhir Ramadan
10 awal Zulhijah
10 awal Muharam
.
.
Dari Ibnu Abbas RA, Baginda SAW bersabda :
.
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
.
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini, baginda memasukkan : 10 hari terawal Zulhijjah.
.
"Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda, "Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali"
.
Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438)
.
.
Antara sebab 10 hari pertama bulan Zulhijah sangat special sebab terkumpul ibadah2 besar dalam Islam seperti solat, puasa, sedekah dan haji. Semua ni tak ada dalam hari2 pada bulan2 lain.
.
.
Rebutlah peluang ni dengan banyakkan amalan soleh seperti solat dan puasa sunat, istighfar, tahlil, tasbih, tahmid, ibadah korban, infaq dan waqaf dll
.
.
Jangan lupa, kita masih dalam tempoh PKPP, jaga nyawa juga sebahagian dari maqasid syariah, ada pahala Insyaallah.
.
.
.
#korbanmekah
#korbankemboja
#goumrah
#gohaji
#kujdt
#hatikudiharamain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA
Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...

-
IRSYAD AL-FATWA : HUKUM BERKONGSI KORBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN LEMBU/UNTA YANG SAMA . . Soalan: . Bolehkah sekiranya seekor lembu korba...
-
Rabu, 12 Jun 2019 pukul 2:30 petang, . . Tahniah kepada semua pemenang, yang tak menang jangan sedey2 tau. Insya Allah tahun depan kita b...
No comments:
Post a Comment