Monday, November 23, 2020

KENANGAN INDAH TANAH SUCI

KENANGAN INDAH TANAH SUCI
.
Takkan lupa punya, lebih2 lagi pengalaman umrah first time, betul kan?
.
Ya Rabb, jadikan kami sebagai tetamuMu di Mekah & Madinah pasca wabak COVID 19. Hubungi KUJDT untuk perancangan Umrah 2021 anda.
.
.
#goumrah
#gohaji
#kujdt
#hatikudiharamain 




Saturday, November 14, 2020

KENANGAN DI JABAL TSUR MEKAH

KENANGAN DI JABAL TSUR MEKAH
.
Ada sesiapa masih ingat masa korang pertama kali sampai di kaki Jabal Tsur, tempat Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA singgah sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Madinah untuk hijrah?
.
Cer share sikit kat komen pengalaman masa ziarah Jabal Tsur.
.
.



Monday, November 9, 2020

SEMUA PIHAK SEDANG USAHAKAN, TAHUN 2021 NANTI INSYAALLAH!

SEMUA PIHAK SEDANG USAHAKAN, TAHUN 2021 NANTI INSYAALLAH!
.
Semua pihak termasuk kerajaan, travel agent, PAPUH, MATTA dll sedang usahakan agar semua yang tertangguh untuk tunaikan umrah dapat laksanakan tahun depan Insyaallah. Tidaklah kami di pihak travel agent ini kemana-mana, Insyaallah.
.
Tugas kita semua banyak berdoa dan mohon pada Allah. Allahul Mustaan.
.
Ya Rabb, hapuskan wabak Covid 19 ini dan rezekikan jemaah Malaysia untuk Tunaikan Umrah pada 2021 nanti.
.
.





CADANGAN PAPUH TELAH DIHANTAR KE MKN

CADANGAN PAPUH TELAH DIHANTAR KE MKN
.
Walaupun PM atas nasihat KKM telah menolak untuk lepaskan jemaah Umrah terbang sebelum habis PKPP hujung Disember ini, ada harapan kalau sempadan negara buka pada awal 2021 kelak.
.
Sama2 kita berdoa.
.
.

Saturday, November 7, 2020

6 NOVEMBER 2020, JUMAAT PERTAMA JEMAAH UMRAH ANTARABANGSA DI MASJIDIL HARAM

6 NOVEMBER 2020, JUMAAT PERTAMA JEMAAH UMRAH ANTARABANGSA DI MASJIDIL HARAM
.
Alhamdulillah, Solat Jumaat hari ni nampak terisi sikit ruang Masjidil Haram dengan kehadiran group pertama jemaah antarabangsa termasuk negara jiran Singapura.
.
Ya Rabb, hapuskan wabak Covid 19 ini dan rezekikan jemaah Malaysia untuk Tunaikan Umrah pada 2021 nanti.
.
.










Tuesday, November 3, 2020

DARI MEJA MUDIR KUJDT : ALHAMDULILLAH, UMRAH NORMA BAHARU FASA 3 BERMULA, KEMASUKAN PERTAMA JEMAAH ANTARABANGSA

DARI MEJA MUDIR KUJDT : ALHAMDULILLAH, UMRAH NORMA BAHARU FASA 3 BERMULA, KEMASUKAN PERTAMA JEMAAH ANTARABANGSA
.
.
1 November 2020M / 15 Rabiul Awwal 1442H, Terminal 1 King Abdul Aziz Airport Jeddah yang baharu menyaksikan kemasukan pertama jemaah Umrah antarabangsa, menandakan Musim Umrah Norma Baharu Fasa 3 telah bermula.
.
Jumlah jemaah Umrah yang dibenarkan sehari dinaikkan dari 6000 jemaah kepada 20,000 jemaah. Kapasiti solat Fardhu di Masjidil Haram juga ditingkatkan kepada 60,000 orang sehari.
.
Indonesia merupakan Jemaah pertama dari rantau Asia Tenggara yang direzekikan untuk ke Haramain musim Umrah Norma Baharu ini.
.
Antara SOP yang masih diguna pakai sepanjang FASA 3 setakat artikel ini ditulis ini ialah :
.
1. Kuarantin wajib 3 hari selepas sampai di Saudi.
2. Group 50 orang untuk 1 negara diringi mutawif dari pihak muasasah.
3. 10 hari maksimum berada di Mekah dan Madinah.
4. Maksimum 25 jemaah setiap bas.
5. Maksimum 2 orang jemaah sebilik untuk hotel.
6. Umur yang dibenarkan dari 18 tahun hingga 50 tahun sahaja.
7. Penggunaan Aplikasi I’tamarna untuk booking slot umrah.
8. Giliran umrah hanya sekali setiap 14 hari.
.
.
JEMAAH UMRAH DARI MALAYSIA?
.
. Kita tunggu keputusan MKN pada akhir Disember 2020 tentang kebenaran keluar negara. Pihak PAPUH (Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji) dalam proses bantu MKN tentang deraf SOP Jemaah Umrah Malaysia.
.
Berdasarkan maklumat dari Saudi, KUJDT menjangkakan SOP FASA 3 ini akan dilonggarkan menjelang Januari 2021 termasuk isu hangat had umur jemaah umrah.
.
KUJDT akan cuba buat yang terbaik untuk Jemaah Umrah yang telah dan bakal mendaftar. Jangan panik, banyakkan berdoa, kepada Allah SWT kita berserah dan mohon pertolongan.
.
Sahabat Kalian,
MUDIR KUJDT
.
.
.


















Monday, November 2, 2020

KAMI TERINGIN SANGAT NAK TAWAF

KAMI TERINGIN SANGAT NAK TAWAF
.
Seumur hidup kami, tak pernah merasai nikmatnya ibadah Tawaf. Ya Rabb, jadikan kami sebagai tetamuMu di Mekah & Madinah pasca wabak COVID 19.
.
Hubungi KUJDT untuk perancangan Umrah 2021 anda.
.
.



Sunday, November 1, 2020

GEMPAR! MASJIDIL HARAM CUBA DIREMPUH





GEMPAR! MASJIDIL HARAM CUBA DIREMPUH
.
Seorang pemuda cuba merempuh pagar Masjidil Haram di Pintu 89 sekitar jam 10 malam semalam waktu Saudi.
.
Mujur pengawal Masjidil Haram bertindak pantas mengawal keadaan. Moga Allah lindungi semua TetamuNya. Allahul Mustaan.
.
.



THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...