Tuesday, November 3, 2020

DARI MEJA MUDIR KUJDT : ALHAMDULILLAH, UMRAH NORMA BAHARU FASA 3 BERMULA, KEMASUKAN PERTAMA JEMAAH ANTARABANGSA

DARI MEJA MUDIR KUJDT : ALHAMDULILLAH, UMRAH NORMA BAHARU FASA 3 BERMULA, KEMASUKAN PERTAMA JEMAAH ANTARABANGSA
.
.
1 November 2020M / 15 Rabiul Awwal 1442H, Terminal 1 King Abdul Aziz Airport Jeddah yang baharu menyaksikan kemasukan pertama jemaah Umrah antarabangsa, menandakan Musim Umrah Norma Baharu Fasa 3 telah bermula.
.
Jumlah jemaah Umrah yang dibenarkan sehari dinaikkan dari 6000 jemaah kepada 20,000 jemaah. Kapasiti solat Fardhu di Masjidil Haram juga ditingkatkan kepada 60,000 orang sehari.
.
Indonesia merupakan Jemaah pertama dari rantau Asia Tenggara yang direzekikan untuk ke Haramain musim Umrah Norma Baharu ini.
.
Antara SOP yang masih diguna pakai sepanjang FASA 3 setakat artikel ini ditulis ini ialah :
.
1. Kuarantin wajib 3 hari selepas sampai di Saudi.
2. Group 50 orang untuk 1 negara diringi mutawif dari pihak muasasah.
3. 10 hari maksimum berada di Mekah dan Madinah.
4. Maksimum 25 jemaah setiap bas.
5. Maksimum 2 orang jemaah sebilik untuk hotel.
6. Umur yang dibenarkan dari 18 tahun hingga 50 tahun sahaja.
7. Penggunaan Aplikasi I’tamarna untuk booking slot umrah.
8. Giliran umrah hanya sekali setiap 14 hari.
.
.
JEMAAH UMRAH DARI MALAYSIA?
.
. Kita tunggu keputusan MKN pada akhir Disember 2020 tentang kebenaran keluar negara. Pihak PAPUH (Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji) dalam proses bantu MKN tentang deraf SOP Jemaah Umrah Malaysia.
.
Berdasarkan maklumat dari Saudi, KUJDT menjangkakan SOP FASA 3 ini akan dilonggarkan menjelang Januari 2021 termasuk isu hangat had umur jemaah umrah.
.
KUJDT akan cuba buat yang terbaik untuk Jemaah Umrah yang telah dan bakal mendaftar. Jangan panik, banyakkan berdoa, kepada Allah SWT kita berserah dan mohon pertolongan.
.
Sahabat Kalian,
MUDIR KUJDT
.
.
.


















No comments:

Post a Comment

THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA

       Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...