Thursday, May 21, 2020
SAKI BAKI RAMADHAN : “YA RABB, KEJUTKAN KAMI DARI TIDUR YANG NYENYAK”
SAKI BAKI RAMADHAN : “YA RABB, KEJUTKAN KAMI DARI TIDUR YANG NYENYAK”
.
.
Ramadhan berbaki sekitar 72 jam. Tak lama. Pejam celik, pejam celik, dah abis. Ya, semalam dah malam 27 Ramadhan. Mungkin semalam Lailatul Qadar. Mungkin malam sebelumnya.
.
.
Mungkin malam ni? Mungkin. Tapi takda makna apa kalau rutin malam kita masih sama. Ambil kesempatan yang berbaki ni, ntah jumpa atau tidak Ramadhan akan datang.
.
.
Kita tinggal sekejap Netflix, Iflix, Astro, Wall FB, IGTV dan lain2 yang sewaktu dengannya.
.
.
Mohon dengan Allah SWT, “Wahai Allah, aku tak kuat bangun malam, tapi jauh sudut hatiku, aku nak mcm orang lain kuat beribadah pada malam2 Ramadhan. Sungguh wahai Allah, aku nak buat tu semua, tapi aku tak kuat”.
.
“Wahai Allah, kejutku pada malam2 saki baki Ramadhan ini, gerakkan rasa nak ke bilik air atau dahaga nak minum wahai Allah. Sekurang-kurang aku dapat bangun dan beristighfar kepadaMu. Aku tak kuat ibadah macam kawan2 aku yang lain”
.
“Wahai Allah, janganlah Ramadhan berlalu tanpa dapat ampunan engkau, pendosa ini mohon belas kasihmu akan Rahmat RamadhanMu”
.
.
Amin Ya Rabbal Alamin 😭😭😭
Tuesday, May 19, 2020
JABAL RUMMAH LOKASI BUKIT PEMANAH
Jabal Rummah, lokasi bukit pemanah yang strategik masa Perang Uhud. Di kaki bukut letaknya maqam Syuhada' Uhud. Sapa pernah naik bukit ni? Cer cite sikit.
.
.
Nak tau kisah Jabal Rummah masa Perang Uhud? Kli link ni ek :
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=712079172863042&id=106123446094871
.
.
Ya Rabb, kami nak gi Haji dan Umrah.
BURU PAHALA DALAM BULAN RAMADHAN
Kenangan masa Ramadhan di Mekah. Masing2 buru pahala Ramadhan, apatah lagi gandaan 100,000 kali ketika berada di Tanah Haram Mekah.
.
.
Sembur air pun jadi, kreatif dalam membuat kebaikan. Moga korang terinspirasi sama untuk pecutan akhir Ramadhan ni.
.
.
Ya Rabb, kami nak gi Haji dan Umrah.
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
Monday, May 18, 2020
Banyakan berdoa semasa berada di tanah suci
Isi masa kosong di Tanah Suci dengan memperbanyakkan doa. Tempat yang barakah dan mustajab doa, rugi kalau disia-siakan peluang berdoa di sana.
.
.
Ya Rabb, kami nak gi Haji dan Umrah.
ASAL USUL LAILATUL QADAR : GANJARAN BERIBADAH UMPAMA 1000 BULAN
.
.
Dalam tafsir Al Qurtubi, disebut Jibril AS cerita pada Nabi SAW bahawa pada zaman Bani Israil, ada seorang Wali (ada yang kata Nabi) bernama Syamsun Al Ghazi, berasal dari Gaza Palestin. Kalau orang barat panggil watak ni Samson & Delilah.
.
.
Jibril AS cerita, Syamsun Al Ghazi ni seorang yang berjihad di jalan Allah SWT dan ada kekuatan dan kehebatan luarbiasa. Dia bertempur hanya guna senjata dari janggut unta.
.
.
Musuh-musuh Allah SWT pun memujuk isterinya untuk berpakat membunuhnya. Masa Syamsun Al Ghazi tidur, isterinya cuba mengikatnya.
.
.
Tapi sebab Syamsun Al Ghazi ni orang gagah, bila menggeliat sahaja, putus talinya. Esoknya dicubanya rantai besi, pun masih sama.
.
.
Akhirnya si isteri tau kelemahan Syamsun Al Ghazi iaitu bila rambutnya dikerat. Pada masa itulah dia diikat dan dikerjakan oleh musuhnya. Tangannya dikerat, telinga dan kaki dipotong dan mata dicungkil. Syamsun Al Ghazi berdoa kepada Allah SWT agar dihancurkan musuh-musuhnya.
.
.
Dengan Rahmat Allah SWT, musuhnya semua dihancurkan, dan tubuhnya dipulihkan kembali seperti asal. Selepas itu, Syamsun Al Ghazi mengabdikan diri kepada Allah SWT selama 83 tahun 4 bulan @ 1000 bulan dan berjihad sepanjang tempoh tersebut.
.
.
Nabi SAW sampaikan kisah ni pada para Sahabat RA lepas dengar cerita ini dari Jibril AS, seperti yang di sebut dalam hadith mursal dari Mujahid RA.
.
.
Takjub para Sahabat RA dengar cerita ni. Kata mereka, “Untung umat terdahulu, umur mereka panjang. Kalaulah kami boleh dapat ganjaran ibadah yang sama”.
.
.
Maka turunlah Surah Al Qadar sebagai berita gembira, yang bagitau ada satu malam di bulan Ramadhan, yang ganjarannya umpama beribadah 1000 bulan @83 tahun 4 bulan. Wallahua’lam.
.
Saturday, May 16, 2020
HAPPY TEACHERS DAY : SELAMAT HARI GURU .
HAPPY TEACHERS DAY : SELAMAT HARI GURU
.
.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
.
Bersungguh belajar ilmu, beradab dengan Guru ialah buah kunci kejayaan. Terima kasih para Guru!
.
"Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"
.
.
.
#selamathariguru
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
Thursday, May 14, 2020
Kenangan Di Masjid Ghamamah
"Biar betul ayah saya ni? Ngalahkan saya ni"... hehe. Burung2 di Masjid Ghamamah, Madinah.
.
.
Ya Rabb, Jemput kami Ke Tanah Suci untuk tunaikan Haji dan Umrah.
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
Wednesday, May 13, 2020
TERKINI DARI TANAH SUCI : TOTAL LOCKDOWN DI SAUDI SEMASA HARI RAYA
TERKINI DARI TANAH SUCI : TOTAL LOCKDOWN DI SAUDI SEMASA HARI RAYA
.
.
Kerajaan Saudi telah membuat keputusan untuk menguatkuasakan TOTAL LOCKDOWN dari 23 Mei hingga 27 Mei iaitu sepanjang Cuti Hari Raya.
.
.
Langkah ini diambil untuk mengekang wabak Covid-19. Terkini kes2 Covid -19 yang dikesan di Saudi konsisten di atas 1000 kes sehari.
.
.
Ya Rabb, bantu kami🥺
.
.
.
##covid19
#kitajagakita
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
IBADAH PALING AFDHAL MASA BERADA DI MASJIDIL HARAM?
IBADAH PALING AFDHAL MASA BERADA DI MASJIDIL HARAM?
.
.
Ya, selain iktiqaf, Tawaf Sunat Afdhal dilaksanakan ketika kita berada di Masjidil Haram. Dan kalau tak siap serentak 7 pusingan, kita boleh sambung2 tau.
.
.
Oh ye, KUJDT akan bimbing Tawaf Sunat sekali mcm dalam gambar, ok ke ok?
.
.
Ya Rabb, Jemput kami Ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk Haji dan Umrah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
Tuesday, May 12, 2020
TAKLIMAT DI MASJID QUBA
HATIKU DI HARAMAIN 2020 : TAKLIMAT DI MASJID QUBA
.
.
Jemaah sedang dengar taklimat dari Musyrif KUJDT sebelum masuk ke Masjid Quba', Madinah.
.
.
Ya Rabb, Jemput kami Ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk Haji dan Umrah🥺
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
TRAVELOG JABAL UHUD & JABAL RUMMAH, 3 FASA PERANG UHUD
HATIKU DI HARAMAIN 2020 : TRAVELOG JABAL UHUD & JABAL RUMMAH, 3 FASA PERANG UHUD
.
.
Jom sama2 kita tengok suasana sekitar Jabal Uhud dan Jabal Rummah, sambil Ketua Musyrif KUJDT, Ustaz Halim Shah cerita sikit pasal 3 fasa Perang Uhud.
Sunday, May 10, 2020
BELASUNGKAWA : FIGURA DAKWAH YANG AMAT BERJASA
.
.
Ustaz Dato’ Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat dengan ajaran Islam. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun.
.
Mendapat pendidikan menengah agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Beliau mendalami ilmu agama secara bertalaqi, antara gurunya, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
.
Melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam, memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di UKM pada tahun 1976. Pernah bermukim ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.
.
Selain dikenali sebagai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang fenomena, beliau juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak.
.
Pernah melatih ratusan perawat Islam serta khidmat untuk masyarakat di Brunei dan Singapura.
.
Selain dikenali sebagai usahawan muslim, pernah berkhidmat sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah dan bertugas 15 tahun di JAWI, INTAN dan Pusat Islam. Pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan aspirasi Islam.
.
Pernah menjadi ADUN PAS di Gombak Setia bila menang Pilihan Raya tahun 1999 dan memegang pelbagai jawatan dalam PAS termasuk AJK PAS Pusat.
.
Pernah berceramah agama di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dll melalui undangan kalangan ekspatriat dan pelajar Malaysia di luar negara.
.
Dalam bidang kebajikan & bantuan kemanusiaan, merupakan penasihat kepada NGO Muslim Care Malaysia.
.
Dalam keuzurannya, beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.
.
Malam jumaat Ramadan yang barokah ini, sang daie ini mengadap Penciptanya dengan jutaan doa daripada umat Islam.
.
Pesan2 almarhum melalui kaset, rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada beliau. Selamat berehat sang murabbi dan kami akan menyusul. Alfatihah!
.
.
Disunting dari rencana tulisan Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, aktivis Muslim Care &, Pengerusi LESTARI
PENGHAYATAN NUZUL AL QURAN, 17 RAMADHAN
.
.
Al Quran diturunkan kepada Nabi SAW sikit2 dalam tempoh menjadi Rasul sehingga Baginda SAW wafat iaitu 23 tahun.
.
.
BILA AL QURAN MULA DITURUNKAN?
.
Ada kata pada 21hb Ramadan. Antara yang pegang tarikh ni ialah Syeikh Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri yang menulis Rahiq Al Makhtum.
.
Ada yang kata pada 24hb Ramadan. Antara yang pegang tarikh ni ialah ulamak yang rujuk hadith riwayat Imam Ahmad yang menyebut : “Allah turunkan Al Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama. Riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas menyokong riwayat ini.
.
Tempat kita? Biasanya kita mendengar tarikh Nuzul Al Quran pada 17hb Ramadan. Yang pegang Tarikh ni rujuk turunnya 5 ayat Surah Al Alaq, malam 17 Ramadhan di dalam Gua Hira.
.
.
Apapun, kesemua sependapat bahawa Al Quran tu turun pada bulan Ramadan. Hanya berbeza pendapat tentang hari sahaja.
.
.
Al Quran sebenarnya bukan untuk dibaca aje walaupun baca Al Quran tu ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT seperti mafhum hadith Nabi SAW :
.
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf"
.
.
Tapi Al Quran tu sebenarnya turun sebagai petunjuk & panduan hidup untuk kita amal agar sejahtera dunia dan akhirat. Allah SWT bagitau dalam Al Quran :
.
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185)
.
.
Manusia yang hanya baca semata2 dan tak amal peraturannya dalam hidup samalah macam orang sakit tak ambil ubat untuk makan, tetapi hanya baca label ubat setiap hari sehari. Macam mana penyakit nak sembuh?
.
.
.
#goumrah
#kujdt
#kembaraumrahjdt
#hatikudiharamain
Subscribe to:
Posts (Atom)
THROWBACK UMRAH : BELI BELAH DI LADANG KURMA
Muka penuh kegembiraan setelah selesai melontar duit di ladang kurma. Pastinya semua rindukan suasana di Ladang Kurma, sangat meriah ...
-
KALAM HIKMAH BAHASA ARAB : AMPUNKAN DAKU YA ALLAH . . يا الله سامحني حين أسجد وبالي مُنشغل وسامحني حين أتوب وأعود للذنب فليس لي ملجأ غير...
-
Dari sini boleh nampak jelas mereka yang datang dari khemah di Mina untuk melontar Jamrah pada Hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijjah. . Kal...